Assalamualaikum. Cakk! Sihat? Alhamdullilah, Scha baik-baik sahaja. Cuma sepupu Tingkatan 3 tak sihat sangat. Demam dah nak masuk tiga hari.
Malam semalam pergi hospital. Ambil sampel darah sebab berkemungkinan suspect denggi. Untuk pengetahun kekawan, aku dulu pun pernah kena denggi. Masa Tingkatan 5. Ya ampun, peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa macam nak pergi meninggalkan dunia ni pun ada.
Ingat lagi, mama cakap, badan macam bangkai. Sebab apa? Sebab tak mandi beberapa hari dan masa tu tengah period. Korang tahu kan IV? Yang masuk air pakai injection tu haa. Benda tu kena jaga-jaga supaya darah tak masuk dalam air tu. Kalau dah masuk, kena inject balik. Seksa ooi. Rasa mcm rela tak mandi dari kena inject balik.
Susah nak urus diri time tu. Pergi toilet lagi susah. Mana nak uruskan hal period lagi, mana nak jaga IV tu lagi dan di tambah lagi tandasnya yang sangat kecik. Tertumbuk lah jugak dinding tandas tu sebab tak tahan sangat.
Dapat je transfer wad kelas pertama dan masa tu IV pun dah tak pakai lagi, aku pergi berendam dalam toilet selama yang mungkin. Bertapa bawah shower tu. Kasi hilangkan berat kepala dan legakan rasa lemas badan. Lepas tu, baru hidup kembali ceria dan badan sentiasa segar dan wangi gitu. Haha. Lawak!
Kejap lagi nak pergi Klinik Kesihatan dan nak ambil sampel darah untuk kali kedua. Harap-harap platelet naik. Jangan turun sangat. Kena admit hospital kang. Denggi ni jangan di buat main. Silap-silap boleh kena denggi berdarah dan risiko kematian sangat tinggi. Mana-mana yang ada simptom denggi atau demam tak kebah selama 3 hari, bawak-bawak lah pergi klinik. Check mana yang patut.
TIPS Denggi:
1) Minum air kosong banyak-banyak
2) Minum 100 Plus
3) Makan sup ketam (ketam boleh naikkan platelet darah)
13 Comments
kite faham feeling die, dulu kite kene denggi jugak...mase umur 7 tahun...seminggu xmandi... hahahah :D
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh...sakit di bulan puasa memang memeritkan kan? Huhu..
ReplyDeletebetul... duduk hospital paling tak best... akak masa mengandungkan Zulaikha dulu kena operate lagi seksa... huhuhu... nak bergerak ke toilet tu punyalah sakit nauzubillah...
ReplyDeletePengalaman demam zumal paling teruk masa lepas spm tapi bukan demam denggi, demam panas hampir seminggu... Rasa terseksa sangat :|
ReplyDeletesy pnh kena suspek denggi je lah. sipbek tak teruk. cuma kena repeat pergi amek darah je kat hspital pagi -- petang setiap hari selagi blm betol2 recover.. sakitnye tu Allah je yg tahu kan T___T
ReplyDeletesmoga sepupu scha cpt sembuh ye :)
100 plus tak berapa berkesan la Scha, sup ketam dgn ulam pucuk betik. 2 tu power bak kata Opah. :) dan mmg terbukti pun. Kena kat along dulu, makan sup ketam, sekejap je elok. :) Papehal pun, semoga sepupu tu cepat sembuh,oh dan prevention is better than cure, so jagalah kesihatan di waktu muda. *pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
ReplyDeleteSaya pun baru lepas kena denggi 2 minggu lepas. Sempat jugak update enti berkenaan cara merawat demam denggi di sini http://fadzirazak.blogspot.com/2014/07/cara-merawat-demam-denggi.html
ReplyDeleteMieza kena denggi last year, 10 hari kat ward. ada jugak la rasa macam dah nak mati, sakit tu xleh cerita. kita yg dah rasa ni je yg tau kan.. at least scha dapat tukar ward. mieza kat hospital melaka takleh tukar ward. patient denggi semua depa letak satu ward. ward lama zaman jepun punya, takde aircond, bising, dekat dengan ward psychiatric so dengar la orang mental tu terpekik terlolong. mmg takde privacy langsung tapi nak buat macam mana. mmg taubat la xnak kena lagi.
ReplyDeleteSyafakallah
ReplyDeletenampak seksa sangat.. ngeri pulakk.. stakat nih xpena kena lg.. alhamdulilah. smoga dijauhkn la ^^
ReplyDeletepak cik saya aritu pun kena demam denggi. alhamdulillah dah sihat sekarang.
ReplyDeletemacam-mcam penyakit dah turun zaman sekarang.
Sejujurnye penyakit demam2 ni jarang laa ana kene. Apekan lg demam denggi. Hihi. Tp sekali kene, tak bangun2 dah. :D btw semoge spupu scha tak pape. Aminn.
ReplyDeletehopefully xde pape
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)