Assalamualaikum. Hai korang!

Haaa, semalam aku pergi KL, lebih tepat lagi Wangsa Walk. Kemain semangat nak KTM dari Seremban sampai sana sebab nak beli kasut je. Ermm, bukan Seremban takde kasut, tapi memang takde pun kasut saiz aku. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, kaki aku saiz besar (saiz 41) dan kaki aku panjang dan lebar. Kat Wangsa Walk, ada satu kedai kasut yang jual high heels, wedges dan flat untuk saiz besar. Sampai saiz 44 pun ada. Harga pun boleh dikatakan affordable dan design yang cantik. Yang penting, sangatlah selesa nak pakai. Tahun lepas aku beli high heels, tahun ni aku beli wedges. Lega dapat jugak jumpa kasut. Wiwiwiwi.

Lepas dah jumpa kasut dan masa banyak lagi, aku pun apa lagi, terlayan lah jugak wayang. Haha. Nasib baik weekdays, tak ramai orang sangat. Aku tengok cerita The Fault in Our Stars. Dah beberapa bulan trailer dan buku cerita ni berlegar-legar di timeline aku, akhirnya ia di-release-kan di Malaysia. By the way, this movie adapted from the book The Fault In Our Stars by John Green. 




SYNOPSIS

Hazel is 16 and is reluctant to go to the support group, but she soon realises that it was a good idea. Hazel meets a young boy named Augustus Waters. He is charming and witty. Augustus has had osteosarcoma, a rare form of bone cancer, but has recently had the all clear.
Hazel and Augustus embark on a roller coaster ride of emotions, including love, sadness and romance, while searching for the author of their favourite book. They travel to Amsterdam in search of Peter Van Houten the author of An Imperial Affliction. While on their trip Augustus breaks some heartbreaking news to Hazel and both of their worlds fall apart around them.


Review:

Cerita ni sangatlah mempunyai pelbagai mesej dan emosi. You can find it all in this movie. Ada sedih, ada geram, ada happy, ada romantic dan banyak lagi lah. Overall cerita ni boleh tahan sedih, tapi, akan ada satu part tu kau rasa nak meraung bila tengok dia meraung. Sebab meraung dia tu macam sedih sangat. Aku boleh dengar jugaklah dalam wayang tu, ada perempuan tu nangis bagai nak rak. Aku pun nangis gak, tapi, cover lah deyy. Tak tahan rasanya tu. Nak tengok siapa pun, aku malas. Hanya dengar suara orang menangis je. hehe. Part mana yang sedih sangat tu? Haaa, korang kena tengok dan baru boleh dapat tangkap aku cerita scene mana. hehe. And you guys will goes like this, 'Haaa, ini kot scene yang Scha cakap tu.', sambil menangis teresak-esak. hehe. Trust me, hati tisu macam perempuan konpem leleh punya lahh! :P