Assalamualaikum. Hai. 

UPDATE MAC 2017: 

KEDAI-KEDAI NI DAH TAK BEROPERASI. HARAP MAKLUM. PLEASE JANGAN CALL SAYA UNTUK CARI KERJA DAN SEUMPAMANYA. 
TERIMA KASIH.

Aaaaa, tengah pening kepala. Masuk angin rasanya. Sambil update blog ni, sambil minum green tea lemon panas ditabur sikit dengan Chia seed. Perghh. Terubat sikit kepala ni. Wuuuu.

Korang ingat tak aku pernah review pasal Sincerelybyushawl's Boutique kat ENTRY INI? Aku rasa SBU ni lah pemulanya vendors boutique kat negara ni. Di mana di bawah satu bumbung, korang boleh dapat macam-macam dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dan makanan of course! Unik kan?

Dengan bermulanya SBU, ramai jugaklah yang mengorak langkah buka vendor's boutique. Alhamdullilah. Seremban dah ada yang memulakan dulu. Yeayyy. Tak perlu dah pergi ke KL untuk pergi beli baju, skirt and tudung. Kat Seremban pun dah ada. To be exact kat Senawang! Haha. Dekat sangat dengan rumah aku. Tak sampai 10 minit dah sampai. Haha. Setakat ni aku tahu, ada DUA vendor's boutique (VB) kat sini. Okay. Jom terjah sesatu. 

THE WHITE ROOM @ Taman Bandar Senawang

Instagram: The White Room






Butik dia kat tetengah tu. Masa ni takde signboard lagi. 


Okay. First.
a) Lokasi -- Agak jauh dari bandar Senawang. Korang kena guna waze and search Taman Bandar Senawang. Aku suka persekitaran dia. Sangat selesa dan nyaman
b) Deko dalaman -- Dah namanya The White Room kan, so dalam mestilah tema putih dicampur dengan warna hitam. Aku rasa tema putih membuatkan butik ni lebih luas dan tak semak sangat kepala. Barang-barang semua dipamerkan dengan cantik dan dibahagikan kepada section vendors. So, setiap section tu ada setiap vendor nya.
c) Plihan barangan -- Korang boleh dapat macam-macam kat The White Room ni. Dari produk kecantikan, kasut, tudung, shawl, aksesori, gadget, perfume dan juga makanan! Selalu aku rembat mars jar. hehe. Sedappp.
d) Harga -- Bagi aku standard harga di luar sana. Tak terlalu mahal dan boleh dimiliki. Depends kepada bajet korang dan apa yang korang nak beli. Better target awal-awal. Or for starters, boleh pergi survey je dahulu.
e) Customer service -- Owner memang friendly. So kalau korang nak duduk kat dalam sampai berejam pun tak kisah. Keep calm and choose carefully what you want!

Info tambahan: The White Room ni ada lebih dari 40 vendors di bawah satu bumbung! Best kannn! 


Mari kita survey yang kedua pula.

Mr_Mrs_Universal_Boutique @ Pusat Bandar Senawang






a) Lokasi -- Berada di tengah-tengah bandar Senawang. Kalau masuk tol Senawang tu, korang just terusssss je sampai jumpa bangunan kedai baru. Alah, kalau nak senang, waze je Pusat Bandar Senawang. kah!
b) Deko dalaman -- Menggunakan tema warna merah dan krim, ia memberikan impak yang ceria dan keterujaan bila shopping di sini. Barang di sini agak banyak dan penuh. Tak terlalu sempit dan agak besar. Selesa gila nak shopping dan memilih kat sini.
c) Pilihan barangan -- Same as before, korang boleh dapat pelbagai barangan kat sini. Machiam-machiam ada. Skirt kembang, kimono cardigan, shawl, perfume, gadget, kasut and of course makanan! Hahaha. Itu yang paling penting yer. Hahaha.
d) Harga -- Yeap. Standard harga macam korang selalu usha ig shop. Ada yang murah dan abg tu kata, ada shawl serendah RM6. Tak pasti sama ada shawl or square scarf. Puas hati okayy!
e) Customer service -- Layanan best. Dia tak ikut kita pergi sini ke sana. Bagi kita ruang untuk memilih dan membelek. Ikut suko ekau lah nak duduk berapo lamo kek situ. Weeeee

Baiklah. Dah habis dah review. Bagi sesiapa yang duduk dekat Senawang or sekitar Seremban or sekitar Bangi and KL, meh lerr datang Senawang. I just love Senawang. Senawang dah maju. Semua benda ada kat sini. Yeayyyy!

Eh, wait! Special for SBU's fans out there! SBU 2.0 is coming very soon! Yeayy! #doubleismorefun 


Tapi aku rasa tak sanggup nak beratur panjang gilaa. Confirm memang full house SBU nanti. Good luck SBU!

Okay. Thanks for reading! Take care always!