Hai uolls. Amboi, mentang-mentanglah raya sebulan. Blog pun dah macam terabai yang amat. Ya ampun, raya tahun ni i busy uolls. First day raya tu i raya kat Rembau. Bayangkan, semua sepupu sepapat, makcik pakcik, nenek, atuk semua datang rumah kampung i. Ce bayangkan lagi i sorang je anak dara yang boleh diharap kat rumah tu (bakal suami sila ambil perhatian). Ce bayangkan! 

Cousins belah Rembau

Sebelah kanan masih single lagi katanya.

Dengan budak comel temuk. Hik

Mak i niat dihati nak buat nasi ayam. Last-last projek nasi ayam raya pertama terbengkalai. Sedih tahu. Dah lama teringin nak makan nasi ayam mak i buat. Wuwuwuwu. Petang raya pertama, kami sekeluarga berangkat ke Pilah pula. Kat situ, kurang sikit kerja nak buat. Sedara mara pun dah banyak raya waktu pagi.  Kami je sampai lambat. Hewww. Stay sana sampai raya kedua.

*sebahagian daripada keluarga besar Tobek Godang*

Ce bayangkan lagi, kampung kat Pilah TIADA AIR. Yang ada hanyalah air tobek(kolam) sahaja. Bayangkan lagi betapa susahnya nak memasak, basuh pinggan, mandi dan membuang di kala itu. Nasib baik rumah nenek sedara ada air perigi. Dengan air perigi tulah, kami mandi dan membuang. -____-

Petang raya kedua kami balik ke Seremban. Dan malamnya pula, gerak balik ke Rembau. Raya ketiga tak sempat ke mana-mana sebab ada lagi orang datang raya kat kampung Rembau. Then, cerita gila raya keempat. Kami pergi beraya sampai 11 buah rumah. Bayangkan lagi sekali uollsss.

Macam-macam dah dalam perut aku. Semua ada. Mee kari, nasi tomato, gulai telur itik, ayam masak merah. Air pulak ada macam-macam kaler. Cakap je kaler apa, semua ada. Raya sebuah rumah dalam 10 minit je. hha. 10 minit je wei. 10 minit sahaja. Kita redah jeh. HAHA. Malam tu, kami gerak balik ke Seremban dan beraya kat Seremban pula. 


Dah. Sampai sini jeh cerita raya i. Tak menarik sangat pun uolls. 

Jaga diri semua.

^___^