wow, tawaran yang sungguh menarik!
money, money moneyy come to mama.
ppffftttt!

Salam semua~
haaa, satu soalan nak tanya korang semua. pernah ditag dengan gambar duit yang sangat banyak?
alaahh, selalu ada model pegang duit banyak-banyak, buat macam kipas lah. apa lah. tak tahu jugak?
macam ni haaaaa,



apa korang rasa? annoying tak? ke ada yang terasa nak buat duit macam tuh jugak. benda ni REAL keh?
infinnity downline lah, login fb dapat duit lah, affiliate*ralat* lah.
macam MLM, tapi, dalam versi internet.

MLM atau Multi Level Marketing ataupun bahasa senang nak bagi korang paham, Skim Cepat Kaya. dulu pernah kecoh kan pasal skim cepat kaya ni? ramaiii gilaaa orang terkena. aku masa ni, kecik lagi. paham sikit-sikit jeh. pheww, nasib baik parents aku tak terjebak. kalau tak, aku tak berada kat sini sekarang. 

sebagai contoh, korang labur duit contoh dalam RM100. cari orang untuk jadi downline, duit korang akan bertambah, macam korang dapat komisen lah kalau dapat cari orang. mula-mula memang bertambah duit, tapi, lama-lama duit korang akan berkurang dan berkurang. tup tup, korang kena TIPU. cuba bayangkan perasaan korang bila duit korang akan LESAP sekelip mata? semua duit kecemasan atau simpanan semua telah dilabur. sakit tak? perit tak? 

aku anak tunggal. so, mak aku dah awal-awal pesan, jangan melabur kat mana-mana selain Amanah Saham Berhad atau Tabung Haji. kalau kena tipu, siapa nak tolong aku kan? adik beradik dah lah tak ada. nak harapkan sepupu sepapat nak tolong, aku tak boleh jamin pasal tu. so, memang kena beringat sekarang. 

sooo, aku nak ingatkan korang semua, PEHLISHHHHHH, janganlah join benda alah ni. kekadang kat blog pun, ada. even ada testimonial. jangan percaya semua tuh. korang akan capai kepuasan yang maksima kalau korang dapat duit dengan titik peluh sendiri kan? 

ralat: affiliate ialah satu program dimana kita mempromosikan produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen sekiranya produk itu dibeli. boleh kah digunakan untuk mencari duit lebih? dia macam nuffnang jugak kot. kalau kita dapat jual satu barang tu, kita akan dapat komisen.


what do you say about this?
correct me if I'm wrong.