Salam~
buat pengguna berukband Celcom, Maxis or DiGi mesti sakit hati kan bila broadband a.k.a berukband dah nak habis limit.  lebih-lebih lagi bila blogger yang aktif macam aku. dah tersangkut-sangkut nak pergi blog-walking or update belog. time tu, mulalah nak menyumpah-nyumpah bagai kann? same goes to me. ^^

ohh yaaa. hari ini nak share kat korang tips macammana nak lajukan speed berukband. okaylah. menjadi lah jugak. kalau korang ikut steps dia betul-betul. tak susah sangat mana pun.


tengok. dah lebih limit kann? 5.82 GB. tensen jeh bila dia slow. urgghh.

jangan risau, aku ada caranya nak bagi laju.

1) Pastikan internet dah connect. Tekan "start" dan tulis "cmd" dalam kotak search itu dan tekan enter. ini untuk windows vista atau 7. kalau xp, tekan "start", "run" dan taip "cmd" dalam kotak, dan tekan "ok".


2) Kemudian akan keluar command prompt macam kat bawah ni. Tulis "ipconfig/all" dan tekan enter.


3) Bila dah tekan enter, akan keluar semua internet connection korang. nama modem korang. melalui ini, cuba cari ip address korang. 


nampak tak petak merah tu? ada tiga address taw. korang cuba satu-satu.
sama ada ip address, subnet mask atau default gateaway.
selalu yang menjadi, ip address lah. ip address ini selalu tukar-tukar taw. make sure, check betul-betul.

4) then, tulis nombor-nombor tu kat kertas. senang sikit nanti.
okay. now tulis "ping [no address korang] -t" contoh, "ping 10.183.44.144 -t". Tak paham tengok gambar bawah. 


nampak tak kotak merah tu? masukkan  "ping 10.183.44.144 -t" dan tekan enter. 
kalau berjaya, korang akan dapat balasan macam kat atas tu. ada reply from bla bla bla. kalau tak keluar macam tu, means tak berjaya. 

5) Biarkan benda ini berjalan selama korang online. kalau dah tak nak online. klik pangkah sahaja okayy?
lepas ini, boleh lah nak berblog-walking dan update blog dengan bestnya. nak upload gambar bebanyak pun tak apa. buktinya, macam sekarang. masih lancar tweetdeck aku. ^^

kalau lembap sangat, disconnect connection. then, connect balik, then, cuba buat balik steps yang kat atas tuh.

kalau korang tak paham apa yang aku tulis, korang refer ke blog dia okayy!

benda ini tak ada lah selaju yang korang harapkan. cukuplah hanya laju sikit jeh. ini untuk stabilkan connection sahaja. tak ada lah korang nak memaki hamun berukband yang super duper lembap bila dah limit tuh. ini sharing okayy!

#kbai