Looking For Anything Specific?

Header Ads

My teen idol

haippp! hari nie nak cerita sikit tentang teen idol yang aku giler minat sampailah sekarang. sumpah. aku tahu ade diantara korang tak suke kan. pedulik hape aku. kah3. giler kejam. haha. aku pernah angau dengan mamat nie wei. nak tahu tak siapa? ALIFF AZIZ weii. haha. wa tarak tipu sama lu orang. ini cakap manyak betul maa.



masa first time aku tangkap cintan dengan mamat nie, masa kemunculan dia kat muzik@ria. mula-mula cezen aku yang perasan. dye jerit-jerit tanya aku siapa mamat nie. suara jangan cakaplahh. best kot. aku tak tahu siapa dia. lama-lama, baru ku tahu.  lagu pertama yang aku dengar of course lah Sayang-Sayang. yang meletup macam mercun cina time dulu-dulu. korang pun mesti pernah sangkut kan dulu. baik angguk sekarang. haha. aku siap hafal baikkkk punya. aku siap terus pergi kat tenet cari siapa mamat nie. tengok video semua. adoiyaiii.

punyalah angau kat mamat nie sampai letak poster dia kat almari aku. taknak letak kat dinding. nanti kantoi dengan mak aku. mau naya. lama-lama, mak aku tahu jugak. dia pun tak boleh buat apa sebab masa muda-muda dulu pun, dia macam aku gak. dulu mak aku minat Hail Amir kot. kalau tak silaplah. 


masa kat sekolah, ada lah gak yang satu geng dengan aku minat Aliff nie. lagu dia semua dia dah ada. time tu, aku takde mp3 kejadah lah. so, dengar jelahh. lagu dia semua aku dah dengar. siap hafal lagi wei. suara dia huskyy plus ada pakej baikk punya. tambah-tambah lagi dengan aset lesung pipt dan gigi rabbit dia. AND dia sangat tinggi. 180cm aku rasa. aku ada gak kawan aku yang tinggi si Aliff nie, mulalah aku imagine aku jumpa aliff. haha. gila desperate. kah3.

kan si Aliff nie pernah ade kes comolot dahulu kala. aahhh. pedulik hape aku. yang aku minat suara dia yang husky and bisa membuatkan hati aku cair. kah3. Cinta Arjuna, Nyala, Ku Sendiri, Stop!  antara lagu yang aku agak ingat sampai sekarang. 

Aliff sekarang nie pun kekadang je keluarkan single dia. dulu lepas Sayang-sayang, dia agak senyap sikit. aku rasa time tuh, dia masuk NS kat Singapore. Dua tahun kot. tu yang dia sunyi sepi je. lepas beberapa lama, barulah dia keluarkan single dia tajuk Cinta. then, sekarang dia bergabung dengan Joanna. tajuk dia Kalau Cinta. bila aku tengok video-video dia, aku konpem akan jeles dengan minah yang jadi awek dia. haha. entahlahh. cemburu wooo. wee~

ini video muzik terbaru Aliff Aziz feat Joanna
Kalau Cinta


tekan jeh kat link itu okay. nak masukkan video, jenuh aku mencari link video nyer. tak dapek-dapek. asyik fail je.

itu sahaja dari aku. sekian. to Aliff Aziz, i hope u will read this. haha. bermimpi nak jumpe Aliff lahh.
wee~

more info about Aliff, click this link.


Post a Comment

4 Comments

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)