Salam. hari nie saya pergi buat medical check-up kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HJTS). Since, ayah saya kerja kat sana tapi, bukan sebagai doctor taw, kerja bahagian pentadbiran ajeh, jadi memudahkan saya nak buat medical check-up.

Pagi dalam pukul 8 pagi dah sampai kat sana. saya pergi makan jap while ayah saya pergi uruskan borang saya. sempat lah jugak tengok CSI jap. naseb baik hospital dah banyak berubah, banyaklah benda baru. then, saya pergi buat x-ray. takut gak lah. tak pernah buat. tuh yang cuak semacam jeh. dahlah lorong nak pergi bilik x-ray tuh scary semacam. haha. buat saspen jeh. doctor yang buat x-ray tuh pun baik-baik ajeh. saya ingatkan nak x-ray sekali kepala saya sebab tengkorak saya nie lain macam jeh. tak normal. ade lekuk. haha. pelikkan? kawan-kawan saya pun pelik dan sumpah tak nak pegang lagi. menakutkan. tapi, ayah saya tak bagi. sedih-sedih. tak apa lah, nanti kat kuantan nak try buat x-ray. wee~

 the room~

 my x-ray result

after that pergi buat urine test. yang kelakarnya, ayah saya sebenarnya tak tahu prosedur yang sebenar. ayah main hentam jeh. memanglah ayah ade kawan kat jabatan tuh, tapi, ia memerlukan borang untuk direkod. kalau main serbu jeh, memanglah kelam-kabut. haha. saya dah dekat sepuluh kali asyik ulang tempat yang sama. pergi klink i-care(jumpa doc dulu sbnarnya), then pergi balik tempat urine test tuh. pastuh, doc, nurse and kawan ayah geleng kepala jeh sebab saya tak ikut prosedure. ayah saya manalah tahu pasal bab-bab nie. haha.  nasib baik dorang nie membebel sekejap jeh. ayah tak ade lak tuh. saya lah kena menghadap dorang. masa tunggu result urine test tuh, saya ada kenal dengan sorang akak nie. yang bagusnya, dye akan sambung degree kat UMP sama dengan saya and kami duduk satu taman. haha. but, cos dye lainlah. dye amek cos civil eng and kampusnya terletak kat Pekan. saya pulak kat Gambang. takpelah. adelah jugak geng.

selepas dah settle semua urusan, saya kena tunggu ayah habis kerja. so, saya terpaksa tunggu kat library hospital. para doctor and pelajar perubatan jeh taw yang boleh masuk. kat situ banyaklah buku untuk dibaca. buku medical jangan cakaplah. nasib baik ada novel melayu. takdelah ngantuk sangat. duduk situ dua jam. dah 3/4 buku saya habiskan baca. novelnya pun not bad. nak nanges pun ade. jiwang betul. hehe. selepas pukul satu, ayah saya hantar saya balik. balik jeh rumah, terus tidur. penat sangat woo.

 novel nie beshh!

 keadaan dalam library. sejuk sangat!

itu sahaja. hehe. apelah skema sangat ayat aku nie? emmm.

psst; banyak sangat doctor-doctor muda plus hensem-hensem kat hospital. cuci matalah saya harinie. hehe. suci jeh saya tengok dorang. hahaha. *gatal*