Assalamualaikum. Hai semuaaa!

HANYA KAMU oleh AZHAR MUSTAPA
   
andai hati ini mampu mengungkapkan,
betapa aku mahu dicintaimu
andai lidah ini jujur meluahkan
kemana hilang kasih antara kita

biar ku terus bersamamu,
di dalam jiwa, di sudut hatimu,
ku rela jatuh dan terluka,
kan ku kejar cintamu, yang pernah ku miliki ooooooooo.

hanya kamu,
bertakhta di jiwa ini,
hanya kamu,
penawar luka di hati,
ooo telah ku sedari kau yang teristimewa,
warna cinta pudar hilang bersama
kasihku.....

Fuyooo. Mood jiwang sudah mari dalam hati kuuuu. Tambah jiwang lagi kalau dengar lagu niiii. Hhaha. Berangan itu sudah pasti. Habis lah malam ni berangan je kerja nyaaaa. 

Aku nak memperkenalkan seorang artis youtube Malaysia yang dah mengeluarkan single terbaru sendiri. Nama, Azhar Mustapa. Dah lama dah berkecimpung dalam dunia nyanyian ni. Pernah lah jugak try Akademi Fantasia tu tapi takde rezeki. Tapi, berkat usaha Azhar, akhirnya ramai yang membuka mata dengan bakat yang Azhar ada. 

Actually dia ni anak kepada kawan ayah. Kenal dah lama kot. Lepas tu, hanya sambung kenal di Facebook. Dari Facebook lah tahu yang dia ni aktif kat Youtube. Oh, dia under satu management iaitu VOXSCAPE ENTERTAINMENT di mana VOXSCAPE ENTERTAINMENT memfokuskan kepada talent-talent baru. Ce usha lagu-lagu yang di hasilkan. Not bad tawww. 

Aku tengok video ni bersungguh dia menyanyi. Siap nampak urat leher lagi. haha. Nampak tak dia berusaha 100% untuk lagu ni? Overall, aku suka lagu ni. Rentak, suara sangat kena. Macam sedap di dengar di corong radio dan televisyen. Serius.

Apa kata korang dengar lagu ni? Kalau suka, boleh tolong SHARE taw post ni? Nak bagi semangat untuk bakat-bakat tersembunyi di Malaysia ni. Kalau diberi peluang, Insya Allah boleh pergi jauh kan? 

Bintang : 4 dari 5 bintang! *recommended*


Facebook : Azhar Mustapa
Youtube : Azhar Mustapa

Follow and let me know!