Looking For Anything Specific?

Header Ads

#SchaReview -- Azhar Mustapa - Hanya Kamu [ Official Music Video ]


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

HANYA KAMU oleh AZHAR MUSTAPA
   
andai hati ini mampu mengungkapkan,
betapa aku mahu dicintaimu
andai lidah ini jujur meluahkan
kemana hilang kasih antara kita

biar ku terus bersamamu,
di dalam jiwa, di sudut hatimu,
ku rela jatuh dan terluka,
kan ku kejar cintamu, yang pernah ku miliki ooooooooo.

hanya kamu,
bertakhta di jiwa ini,
hanya kamu,
penawar luka di hati,
ooo telah ku sedari kau yang teristimewa,
warna cinta pudar hilang bersama
kasihku.....

Fuyooo. Mood jiwang sudah mari dalam hati kuuuu. Tambah jiwang lagi kalau dengar lagu niiii. Hhaha. Berangan itu sudah pasti. Habis lah malam ni berangan je kerja nyaaaa. 

Aku nak memperkenalkan seorang artis youtube Malaysia yang dah mengeluarkan single terbaru sendiri. Nama, Azhar Mustapa. Dah lama dah berkecimpung dalam dunia nyanyian ni. Pernah lah jugak try Akademi Fantasia tu tapi takde rezeki. Tapi, berkat usaha Azhar, akhirnya ramai yang membuka mata dengan bakat yang Azhar ada. 

Actually dia ni anak kepada kawan ayah. Kenal dah lama kot. Lepas tu, hanya sambung kenal di Facebook. Dari Facebook lah tahu yang dia ni aktif kat Youtube. Oh, dia under satu management iaitu VOXSCAPE ENTERTAINMENT di mana VOXSCAPE ENTERTAINMENT memfokuskan kepada talent-talent baru. Ce usha lagu-lagu yang di hasilkan. Not bad tawww. 

Aku tengok video ni bersungguh dia menyanyi. Siap nampak urat leher lagi. haha. Nampak tak dia berusaha 100% untuk lagu ni? Overall, aku suka lagu ni. Rentak, suara sangat kena. Macam sedap di dengar di corong radio dan televisyen. Serius.

Apa kata korang dengar lagu ni? Kalau suka, boleh tolong SHARE taw post ni? Nak bagi semangat untuk bakat-bakat tersembunyi di Malaysia ni. Kalau diberi peluang, Insya Allah boleh pergi jauh kan? 

Bintang : 4 dari 5 bintang! *recommended*


Facebook : Azhar Mustapa
Youtube : Azhar Mustapa

Follow and let me know!

Post a Comment

23 Comments

  1. Eh baru jumpa dia haritu event encik mimpi kikiki best kan suara dia!!! Mmg superb talented wiwiwii

    ReplyDelete
  2. Adik beradik Azmil Mustapa ke nih? He He He..

    ReplyDelete
  3. suara abg nie mmg sedap. . perna dgr live :)

    ReplyDelete
  4. Arghhh..azharrrr...suka2 dia..suka dia wat sore chipmunk! Hahah..

    ReplyDelete
  5. betullah, not bad
    moga dia berjayalah
    kalau berusaha, insya ALLAH kejayaan pasti dimiliki

    ReplyDelete
  6. Baru kenal dia... lagu dia best jugak..layan!!! =D

    ReplyDelete
  7. yeay done share post ni untuk naikkan semangat dia ^^ btw ina belum dapat dengar lagi lagu ni, sebab internet punya lah lambat T-T nanti kalau ada masa baru ina dengar ye.. paling tak blh bla kak scha cakap sampai terkeluar urat semua time nyanyi., ya Allah.. tergelak ina .. kelakar sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. macihh inaaaa.

      nanti ina dengar taw. kalau sedap, komen sini. hihi

      Delete
  8. tertarik jugak dengar suara dia. memang sangat feel dia nyanyi kan. best terbaek la. kak scha ada jumpa dia tak? kimsalam plis. hehehe.

    ReplyDelete
  9. mamamyja suka lagu nih. asik replay jer sampai lebam. hehe

    ReplyDelete
  10. Owh awat tak pernah tahu ni. Hihi kak rose ketinggalan ni.. Ok nak dengarlah

    ReplyDelete
  11. Nak dgr tp line akak semput huhuhu akan kembali ke mari setelah berjaya dengar nanti :)

    ReplyDelete
  12. DZ bagi 5 bintang... Best sangat ^-^

    ReplyDelete
  13. eh ehh sedap pulak lagu nih. anak kwn ayah scha ek? bes3! hehe

    ReplyDelete
  14. ala, x pernah dengar lak pasal Azhar Mustapha. suara dia boleh tahan juga. nice2 ^^

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)