Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Pheww phewww. Gempaklah performance malam tadi. Ada jugak yang meremang bulu roma!
Jom tengok dulu finalis AJL 29!

Judul lagu -- Penyanyi / kumpulan

Masih Aku Cinta -- Shila Amzah
Di Pintu Syurga -- Dayang Nurfaizah
Romancinta -- Mojo (dibawa oleh Caliph Buskers)
Gilalah -- Stacy
Percayalah -- Indah Ruhaila
Gadis Jolobu -- Dato Hattan dan Waris
Matahari -- Hafiz Suip
Rentak Laguku -- Bunkface dan Amy Search
Sesal Separuh Nyawa -- Alyah
Lelaki -- Yuna ( dibawa oleh Najwa Mahiaddin)
Apa Khabar -- Joe Flizzow dan Sonaone
Malaikat -- Hazama

Yang part meremang bila kumpulan Mojo buat performance dengan Caliph Buskers. Serius sedap gilaaa suara vokalis Caliph Buskers ni. Syabas Edry! Syabas! Semua penonton berdiri kott! *salute*

Caliph Buskers

Persembahan Mojo ft Caliph Buskers


Komen persembahan AJL 29 bagi pendapat Scha Nazri. 

Hazama : Okay je. Baju out. haha. Vokal, Hazama kottt. Cuma lagu je macam tak kena. Malaikat untuk jaga kekasih? Hmm

Alyah : Power sebab dia dah tukar baju awal-awal. Kreatif. Eh, takyah nak zoom in sangat Dato' Ramli Ms tewww. 

Dato' Hattan dan Waris : Gadis Jolobu memang best okay. Mantap weii!

Mojo : Yang ni aku dah describe kat atas. Hehe. Apa-apapun, ce tengok video kat bawah ni.




Bunkface : Biasa jee. Outfit gothic betul. Bertenaga!

Joe Flizzow ft Sonaone : Simple jee tapi kalau korang dalami lirik lagu Apa Khabar ni, aku rasa lagu ni ditujukan dekat Malique Too Phat. Rindu Malique. Miss old times. Hanya budak 90s je tahu betapa besarnya impact Too Phat ni semasa membesar.


Stacy : Persembahan yang meriah. Warna warni. Vokal tak dapat nak komen apa-apa lah kan.

Dayang Nurfaizah : Even dia sorang je perform, tapi, memang sedap betul vokal dia ni. Lagi sekali, tak nak komen apa-apa tentang vokal Dayang Sayang Kamu. Tak suka okay provoke Dayang and Qu Puteh. Nak Dayang stay macam tu je. No putih, putih!

Hafiz Suip : Hafiz ni vokal dia live and dalam studio, memang samaaa! Takde shaky pun. Tahun ni dia bawak imej serba putih sambil dibantu oleh backup vocals yang power!

Najwa Mahiaddin and The Pahlawan : Aaaaa, aku memang suka dengan Najwa Mahiaddin lagi-lagi dengan lagu Got To Go nyaaa. Fyi, Najwa ni anak Muhyiddin Yassin, TPM kita taw. Haha. Aku baru tahu lately ni. Performance sangat comel dengan kehadiran budak-budak kecil menari. Ingatkan lelaki, rupanya perempuan. Tapi, aku tak paham mesej yang dibawakan. Ada sesiapa yang paham?




Shila Amzah : Baju dia lawaaa. Siap ada net and topi gitu. Penutup finalis AJlL 29. Tahun ni dia perform sorang. Vokal mantap! Suka dengan persembahan Shila. 

Persembahan tambahan oleh Mentor Legend. Aina protege Ella tu junior aku masa sekolah menengah Puteri, Seremban. Dia memang aktif nyanyi kat area Negeri Sembilan. Sampai bila ada dinner MB buat, memang Aina yang perform. Bagilah Aina rasa macam mana rasanya pentas AJL tu. Kasi feel sikit untuk dia terus maju.

Kemudian akhir sekali ada persembahan Tomok, Ronnie and Headwind. Para Legend semuanyaa! Magaddd!

Done reviewing! Yeayy.

Jom, kita tengok pemenang-pemenang untuk Anugerah Juara Lagu 29!

Persembahan Terbaik

MOJO ft Caliph Buskers

Vokal Terbaik

Dayang Nurfaizah

Tempat Ketiga

Dayang Nurfaizah -- Di Pintu Syurga
Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran

Naib Juara

Shila Amzah -- Masih Aku Cinta
Kompser dan Lirik: Shila Amzah

JUARA

Joe Flizzow dan Sonaone -- Apa Khabar
Komposer: Joe Flizzow
Lirik: Joe Flizzow


Yang penting, juara memang aku tak expect! Seriusss. Aku ingatkan Dayang ke, Alyah ke, Mojo keeee. Maybe untuk revolusi hip-hop kembali di Malaysia? Maybeee? Mesti terkejut semua campur sekali dengan mak aku. Hahhaha. Pemenang tempat kedua tu pun macam, hmmm, hmmm. Entah lahh. Juri yang membuat keputusan, adalah sebab tertentu tu kan? Wiwiwiwi

Tahniah Joe Flizzow dan Sonaone!

Hahahhaa. Korang rasa? Ce share pendapat sikit. 

Follow and let me know!