Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis tudung yang kini berada di pasaran. Ada yang meminati tudung bawal, tudung Syria dan ramai juga yang menggemari memakai selendang. Ini kerana, selendang merupakan jenis tudung yang paling versatile dan boleh digayakan dengan aneka style lilitan selendang kontemporari yang unik.


Para lelaki khususnya para suami/tunang/teman lelaki seharusnya tahu jenis-jenis selendang yang pasangan korang suka. Takdelah korang label selendang sebagai shawl or tudung biasa. Janji tudung yedak? No no no!

Lelaki sepatutnya peka tentang benda-benda remeh gini supaya pasangan rasa lebih dihargai dan terpegun dengan ilmu korang tahu tentang selendang! Seriuss weii. Nak belikan pun senang, just belikan selendang kesukaan dan design yang menarik untuk digayakan. Hati pasangan senang, hati korang pun senang! haha.

Tapi ada je perempuan yang tak reti beza selendang-selendang yang ada ni. Termasuklah aku zaman pakai tudung bawal dulu. Hahha. Seboleh-bolehnya taknak pakai selendang sebab nampak lagi gemuk muka. Tapi, dah lama-lama barulah dapat jumpa yang sesuai dengan bentuk muka aku. Nanti aku share mana yang aku paling suka.

Di bawah ini terdapat beberapa jenis selendang yang paling digemari ramai dan boleh korang temui dengan tawaran harga yang cukup berpatutan :-

1. Pashmina


2. Cotton shawl


3. Satin shawl


4. Glitter shawl


5. Chiffon shawl


Untuk pipi gebus macam aku ni, aku lebih suka pakai shawal jenis chiffon macam di atas ni. Sebab dia senang terletak dan tak memerlukan aku pakai inner neck. Cukup sekadar hanya memakai anak tudung. Muka pun nampak lebih runcing gituuuu!

Korang prefer yang mana? ^^

Untuk koleksi selendang online yang menawan dan trendy ini, segalanya boleh korang miliki secara online apabila anda membeli-belah di ZALORA Malaysia. ZALORA juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang dan perkhidmatan pulangan semula secara percuma selepas tarikh pembelian. Fuyooooo! Selamat membeli-belah korangggg!

*selongkar Zalora*

Follow and let me know!