Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Harini nak share satu short film dari Syazreen Fazlynda ataupun PINKMARBLESS dengan kerjasama dari FMC. 

Buat korang yang tak kenal Syazreen (Syaz) ni, means that korang masih baru dalam arena vlogging ataupun youtubers dari Malaysia ni. Aku ni banyak benor masa free. So, aku memang spend time aku kat youtube je selalu. hehe. Peace yaw!


Mesti korang kenal Mat Luthfi ataupun Anwar Hadi ataupun Aiman Azlan kan? Dorang tu sangat best dan funny. Tapi, Syaz ni antara salah satu youtubers yang sangat berbakat. Pandai berlakon. Suka tengok video-video dia. Kekadang kena gak setepek kat batang hidung. haha.

Syaz ni bakal cikgu. Masa dia jadi cikgu praktikal dulu, anak-anak murid dia jadi mangsa jadi pelakon dalam video dia. Tapi, anak-anak murid dia kira not bad jugak. Takdelah nampak kaku depan kamera. Thumbs up!

Jadi, marilah kita enjoy dan fahami betul-betul mesej yang hendak dibawa oleh Syaz dalam short film ini. 

Syazreen Fazlynda - RETALIATION | Short Film

Retaliation :-
to do something bad to someone who has hurt you or treated you badly ; to get revenge against someone

Short film ini sesuai ditonton oleh para remaja terutamanya budak sekolah. Supaya mereka tahu apa kesannya buli dan dadah terhadap diri sendiri dan juga orang lain.

Selepas dah habis tengok, jangan lupa tinggalkan pendapat korang taw. Boleh kita share pendapat kita sama-sama. Tak rugi 10 minit korang. Hehe.

YOUTUBE PINK MARBLESS -- [ http://www.youtube.com/user/pinkmarbless ]

Follow and let me know!