Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Harini tersangatlah rajin sampai aku menjadikan muka aku sendiri mangsa makeup. Haha. Bukan apa, Collection Cosmetics MY ada buat weekly contest dan hadiah dia sangat lumayan! Setiap minggu tu dia akan assign satu tema makeup. So, terpulang lah nak makeup macam mana pun. Asalkan menepati tema untuk minggu itu. 

Name of contest : Nelydia S.O.S
This week theme (15 Oct - 22 Oct 2014) : Rocker Chic

Nak tengok makeup look yang aku submit ?


Untuk makeup ni, aku gabungkan warna merah glitter dan juga warna hitam. Aku just guna dua warna utama itu sahaja. Dan juga warna cokelat untuk lembutkan lagi makeup di bahagian mata.

Langkah-langkah untuk mendapatkan Rocker Chic Makeup:

1. Sapukan HITAM eyeshadow di keseluruhan mata sehingga bahagian pelipat (crease ) mata. Bagi seorang yang mempunyai crease yang agak labuh even pakai eyeshadow pun macam tak nampak, so, sapukan warna HITAM ke bahagian luar crease. Tapi, jangan over sangat sampai satu mata tu kau nak hitamkan.

2. Pakai blending brush, lembutkan sikit black eyeshadow tu. Macam berus-berus sikit bahagian mata supaya takdelah nampak hitam sangat bahagian mata tu.

3. Gunakan warna MERAH, ungu ataupun merah pink yang agak pekat, sapukan di bahagian tengah mata. TENGAH sahaja. Biarkan warna merah tu nampak. Kasi pekat pun takpe. 

4. Ambil semula warna HITAM. Tempekkan di sebelah kiri dan kanan warna MERAH tadi. Tapi, jangan banyak sangat. Kalau warna merah tu tak nampak, kasi pekatkan sikit warna merah tu. 

5. Ambil warna COKELAT dan seratakan di atas warna HITAM guna blending brush. Takdelah nampak harsh sangat warna HITAM tu. Kasi nampak soft je kat bahagian atas crease tu. 

6. Pakai eyeliner. Better guna liquid eyeliner. Tapi, aku sumpah tak reti guna liquid. So, aku selalu guna gel eyeliner. Dan seterusnya gunalah mascara! 

7. Kemaskan dan isi kening korang dengan warna hitam atau cokelat. KEMASKAN okay. Aku tak cukur kening so memang nampak messy. 

8. Then, baru aku apply foundation, powder, contour dan blush. Kalau nak apply powder, countour dan blush, better guna brush yang fluffy. Best. Lembut je. hehe. 

9. Gunalah lipstick kesukaan. Untuk rupa ini, aku campurkan dua warna. Mula-mula aku oleskan warna merah menyala dan kemudian aku oleskan warna pink untuk lembutkan dia. 

10. SIAPP!


Baru perasan, warna merah/ungu mata aku tak balance sangat. Muahaha. Secara kasar, macam ni lah rupa mekapnyaaa. 

Okay. Korang suka tak kalau aku post tentang makeup kat blog ni? Ingat nak buat satu post dalam seminggu pasal mekap. Teringin nak buat video makeup, tapi tak reti nak edit dan takde camera canggih. So, aku hanya share dengan korang melalui penulisan. Kalau tak paham, tanya je taw. 

Follow and let me know!