Assalamualaikum. Hai semuaa!

#1 Thoughtful Thursday -- Hari di mana aku akan share something yang memerlukan pemikiran yang agak dalam. Terpulang untuk korang interpret macam mana. Kalau ada komen, komen kat bawah okay. 

First impression. Does it matter? 


Bagi aku, walaupun orang duk kata Don't judge a book by its cover berulang-ulang kali, tapi aku nak juga kata yang orang akan pandang luaran kita dahulu baru yang dalam. 

Kau nampak aku. Lepas tu kau fikir apa yang fikirkan tentang aku kat dalam otak korang. Ia macam automatic response untuk otak kau. Hanya kau sahaja yang tahu. Orang lain tak tahu. Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya judge orang terlebih dahulu berdasarkan first impression.


Kau tengok orang bawak plastik sampah ke hulur hilir dan kau fikir, 'ewww, mesti kotor rumah dia ni. eww, mesti miskin sangat ni sampai bawak plastik sampah pergi mana-mana'

Kau tahu apa yang dia buat? Apa yang dia kerja untuk hidup di muka bumi ini? Mana tahu kot-kot dia buat pendapatan sampingan sebab dia bosan duduk rumah. Mana tahu kot-kot dia dah ada sebijik rumah. Who knows right?

Until kau tegur orang itu, 'Pakcik buat apa angkut plastik sampah ni?. Pakcik dah makan? Pakcik tinggal di mana?'

Untuk perhubungan seorang lelaki dan wanita pula, lelaki atau perempuan akan mulakan langkah pertama sekiranya lelaki/perempuan tu cantik tertarik kau memang da bomb. Selalunya lelaki lah yang akan tertarik kepada wanita cantik. Fitrah manusia lah kot?

Lagi berbisa di jantung hati, bila contoh ambil gambar dengan kawan-kawan dan sepupu yang sememangnya cantik, yang lebih ramai tertarik adalah ke kekawan dan sepupu aku. Paham tak? Macam dalam gambar tu, kau rasa macam halimunan. Ramai yang nak berkenalan dengan dia instead of you. Haish. Aku dah lah ramai kawan-kawan cantik dan bila terjadi begini, aku hanya mampu senyum sahajalah.

Yeah...

Sebab tu golongan chubby macam aku ni ada low self-esteem sikit. Fikir, 'Siapalah yang nak aku ni. Ada ke orang nak ke aku?'. Yerr. Zaman 25 tahun ke bawah boleh fikir gitu lagi. Tapi, dah 25 tahun ke atas dah masih tak kahwin lagi, pelbagai benda akan meracuni pemikiran kau. Tak termasuk lagi cucuk-cucuk dari pakcik makcik sedara. 

Orang akan pandang luaran kau dahulu baru pandang dalaman kau. Selepas dah pandang dan faham dalaman, baru lah boleh buat judgement yang sebetulnya. Macam pergi interview, first impression does matter. Takkanlah nak pakai selekeh gila nak pergi interview kan? Interviewer tengok pun tak kenan. 

Sebab tu even aku ni chubby, aku nak juga cantik macam yang lain. Contohnya, cantikkan diri kalau nak keluar jumpa orang. Ayah aku sangat pentingkan ketrampilan aku dan mama. Kekadang dia lagi picky dari aku dan mama. Cerita betul ni. Haha. Tapi, yelah kan. Bawak nama dia. Kenalah jaga nama ayah. 


Aku betul-betul sayang bagi mereka yang mana bentuk badan dan mukanya cantik, tapi, tak pandai dress up. Sayang. Macam nak bagi tutorial full set kat dia. haha.

Ada orang cantik, tapi perangainya buruk ya amat. Ada yang tak cantik, tapi perangainya Ya Allah lembut sangat. Dan ada yang bernasib baik, luar cantik, dalam cantik. Terpulang lah diri kita nak betulkan mana yang patut. Cermin diri dan perbaiki mana yang patut. 

Pernah tak jumpa seseorang yang kau rasa dah hampir perfect contohnya dia cantik, kulit bersih, pandai, berani, lemah lembut, kaya. Pernah tak bandingkan diri dia dengan dia? Aku? Selalu kot. Selalu banding. Tapi, aku cecepat tepis. Dan aku bandingkan dengan mereka yang lagi kurang dari aku. Dan barulah sedar, yang aku ada semuanya dan apa yang aku nak lagi? Rasa bersyukur tu datang sekelip mata kalau kita compare dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita. Cubalah resipi ini. Insya Allah mujarab. Hehe. 


Sekian lah entry deep dari aku. Kalau ada yang dalam lagi macam entry ni, aku share kat korang dan lontarkanlah komen-komen pedih ataupun tidak. Aku terima segala komen. Haa gituu. hehe.

Take care and stay beautiful!

People does judge. Tipu je kata yang dorang tak judge. No no no. Tipu. 

Follow and let me know!