Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Mak aihh. Dah ketinggalan kereta api betul aku ni haaa. Aaaa, takpelah. Malas dah nak cabaran pukal. Bhahaha. Kita buat pelan-pelan je laaa naa. Slow and steady gituu.

Baiklah. Let's check it out!

Cabaran 30 Hari, Hari Kesembilan belas -- 1 Resipi Scha Suka Masak

Resepi ni bukanlah suka masak pun. Cuma haritu nak share pasal resipi ni, tapi, dah alang-alang ada cabaran, masukkanlah sekali. Resipi ni mudah, tapi kena bersabar sikit. Penyediaan, lebih kurang 1 jam dan sesuai dijadikan minum petang gitu. Kot bosan makan cekodok je tiap-tiap petang, apa kata ce try churros ni. Kalau tak habis pun, boleh simpan untuk pagi esok. Sedap gitu.

Churros dengan Cokelat Panas
(Churros with Hot Chocolate)


Inilah rupanya churros yang aku buat. Macam-macam bentuk. Biasalah kan, baru first time buat. Gigih aku membuatnya. Petang haritu terliur tengok insta kawan tayang churros ni haaa. Dia memang ambil tempahan. tapi kat Johor. Jauh benor kalau nak ordernya. So, dengan bersemangatnya aku men-google resipi Churros. Bahan-bahan pun dah adaa. Apa lagi, bersilat lah aku kat dapur. Wiwiwi

Oh yer. Aku belajar pakai youtube je ni. Korang boleh tengok video ni. Ikut step by step taww.

Bahan-bahan dia pun sikit jeeee.

1 cup water
100g unsalted butter
2 cups plain flour
1/4 tsp salt
2 eggs, 
Vegetable oil, to deep-fry
1/2 cup icing sugar mixture, sifted (optional)

Cara-cara



Tips:
1) Selepas letak telur and kalau rasa macam lembik je, tambahkan sedikit tepung. Biar dalam bentuk doh. Lembut je doh tu. Macam senang nak handle.
2) Gunakan penyemprit yang sesuai. Yang acuan dia besar sikit. Jangan yang acuan dia kecik je. Sampai ke sudah tak habis. Hehe.
3) Minyak biar panas. Masak sekejap-sekejap je. Kalau lama-lama nanti, boleh hangus. Senang buat satu persatu. Biar lambat, asalkan tak hangussss.

Cokelat panas:

1/4 butter
Susu pekat manis (ikut kemanisan korang)
Cokelat masak

Cara-cara

1) Guna teknik DOUBLE BOILER
2) Masukkan butter sampai cair.
3) Masukkan susu pekat manis
4) Masukkan cokelat masak
5) Kacau sampai sebati
6) Manis ikut sukaa taww. Jangan maneh-maneh pulak. Kencing maneh nanti. Den tak bertanggung jawab.

SIAP!

Hidangkan bersama churros. Cara nak makan? Celup je churros dalam cokelat tu. Konpem terangkat tak turun-turun! Hahaha.

...

Follow and let me know!