Assalamualaikum. Haii korang!

Yeap. Jadi cikgu. Haha. Memang kena isi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sikit. Kalau tak, memang bosan hari-hariku.

Hari jumaat tu, cousins datang rumah. Ada sorang nak SPM, lagi dua orang nak PT3 (PMR). Bersemangat lah jugak ajar dorang sampai siap beli buku latihan baru. 

Tapi kan.. ilmu ku sudah berkarat. Kena baca dulu baru boleh ajar lagi-lagi Kimia, Fizik and Add Math. Kalau PT3 tu, boleh lagi lah ajar. Ni yang nak SPM tu. Kena ketuk balik pintu otak ni. 'Are you still there buddies?'. 

Lagi satu, aku ada mengalami masalah sikit bila bahasa dah ditukar ke Bahasa Melayu balik. Kekadang kena cari makna dalam Inggeris barulah aku paham. Sometimes aku wonder lah kan, why lah kena tukar ke BM balik. Better Inggeris sebab kat universiti pun kena guna Inggeris jugak. Bersyukur sebab aku adalah generasi PPSMI. Bukan nak pinggirkan Bahasa Melayu, but, kekadang terms dalam Bahasa Melayu sangatlah ermm, ermm...... krik krik krik...

Contoh,

Tangki riak = Ripple tank
Laju gelombang = velocity
Panjang gelombang = wavelength

Bahasa Melayu panjang, Inggeris just sepatah je. Nak sebut pun senang. Hehe. 

Takpelah. Adalah sebab mengapa PPSMI di mansuhkan. Maybe untuk penduduk luar bandar, susah agaknya nak kuasai Inggeris berbanding penduduk bandar. Jadi, baiklah kita selaraskan. Peratus nak lulus pun makin tinggi kan?

Rasa macam nak upah cikgu Azrin ajar bebudak ni. Sesungguhnya otak ku sudah berkarat. Wuwuwu.

Itu sahajalah. Hehe. Nak pergi bazar. 4.00 pm dah pergi bazar. Yeap. Memang pergi awal sebab lauk banyak lagi, orang tak ramai sangat. Mari!