hai awak semua!
kita nak cakap something ni. sebenarnya kan, kita dah lama taw teringin nak pakai selendang (shawl).
kan sekarang ada banyak fesyen shawl. ada style hana tajima lah, yuna lah, arabic lah, macam-macam lagi lah.
tapi kan, yang paling sedih, kita kan tak reti pakai shawl. muka kita tak sesuai. kalau kita pakai kan, muka kita jadi booolat macam doremon. doremon pun mesti tergelak guling-guling kalau tengok kita pakai shawl.
mencik tahu?

ini kawan kita cik Yana yonet. yang belah kiri tuh. tengok dia pakai shawl, cantik kan?
kita jeless bila tengok semua gambar2 dia.

bila nampak pompuan pakai shawl, kita mesti jeles. sebab apa? bila kita tengok dia pakai shawl, macam terletak lah shawl tuh kat kepala dia. cantik jeh kalau dia pakai shawl. boleh lilit-lilit, macam-macam fesyen boleh buat. ada orang tuh badan besar, tapi, kekadang kalau dia pakai shawl, pun naik cantik. kenapa kita tak boleh? kawan kita ramai pakai shawl. kita? hari-hari pakai tudung bawal.

dah lah susah gila nak cari tudung bawal sekarang. RM20 pun paling koman tahu? kalau shawl? RM10 pun boleh dapat taw. macam-macam kaler boleh dapat. warna pelangi pun ada. kalau tudung bawal? kita selalu ambil kaler hitam jeh. sampai mak kita pun tegur, kenapa asyik kaler tu jeh? nak buat macam mana? dah kaler tuh jeh yang sesuai dengan kita. kita sedih taw. diskriminasi betul.

tipu lah, kalau kita kata kita tak pernah beli shawl. kalau awak nak tahu, kita ada koleksi tudung shawl taw. dalam 5 kot. selalu rambang mata bila tengok yang lawa-lawa. kita pun terpedaya dengan acik kedai tu kata.
'dik, jangan risau. mesti sesuailah dengan adik. tak ada bulatnya pun'
kita pun suka lah bila ada orang cakap macam tuh, dan dengan girangnya membeli.
balik rumah, kita cubalah try pakai. Ya Allah, sungguh tak sesuai tahu? boooolat gilaaaa.
bila kita dah benci dan mula putus asa, kita lipat balik shawl then letak dalam almari or beg.
kita tak hingin nak bukak balik sebab kita kecewa dengan shawl tuh.
kan dah membazir. berdosa tahu?

bila kita pakai shawl kan, tangan kita tak reti nak duduk diam. sikit-sikit nak usik shawl kita. nak bagi jangan nampak bulat sangat. nanti semua orang pandang kita. kita malu lah. lepas tuh, kita rasa rimas sangat pakai shawl. rasa macam tak selesa sangat lah. bila dah tak selesa yang amat sangat, kita sanggup tukar pakai tudung bawal balik tahu. entahlah. maybe kita tak biasa lagi.

kita pun tak tahu bila kita nak pakai shawl. kalau tudung indon tuh pun sama, kekadang nampak okay. kekadang nampak bulat jugak. kalau nak cari yang sesuai, sangat susah betul. banyak dugaan betul.
maybe kita hanya sesuai pakai tudung bawal.

 ini muka kita bila pakai shawl. dah banyak kali amik gambar sebab nak dapatkan angel yang cantik.
hasilnyaa? pppffffftttttt!


ini pulak kalau pakai tudung bawal. serius lain kan?
nampak kurus sikit bila pakai tudung ni.
kaler nak hitam je lah kan?
-_________-'


tu jelah. kita nak bawak diri ni.

*entry paling gedik yang pernah aku buat. sila lah jangan termuntah banyak sangat*