Salam semua~
apa kena ekh dengan tajuk aku tu? entry marah-marah ke ni? ohh tidakk. hanya nak bagitahu something tentang harapan. harapan antara lelaki dan perempuan. 


okay. situasinya begini.


Aminah dan Badul berkawan rapat. Sekolah sama, kolej sama, belajar sesama. mula-mula, Aminah tak merasa apa-apa tentang Badul. tapi, lama-lama, perasaan cinta itu wujud. Badul pula begitu baik hati dengan Aminah. Macam care gila ar dengan Aminah. Selalu tolong Aminah. mana perempuan tak cair yedak? Yang si Badul ni pulak, semacam bagi harapan kat Aminah. harapan macam mana? harapan yang perhubungan ini lebih dari kawan. Dia tak cakap, cuma, cara dia. then, Aminah confess kat Badul yang dia suka kat Badul. at the end., Badul cakap yang dia anggap Aminah tak lebih dari seorang kawan sebab dia pun dah berkenan dengan someone. after that confession, masing-masing dah tak rapat. bawak haluan masing-masing.

korang boleh bayangkan tak macam mana perasaan Aminah? malu ada, heart broken jangan cakap lahhh kan?  point aku kat sini, janganlah bagi sesiapa harapan palsu. kejam tahu tak. aku tahu, dorang ni kekadang tak sedar yang dorang dah terbagi harapan kat seorang lagi. tapi, macam mana nak buat kan? orang pompuan ni kekadang eksaited dan terangau lebih. ter-imagine lebih-lebih. betul. so, peka dengan perubahan di sekeliling korang.


baik lelaki dan perempuan, janganlah nak menaruh harapan setinggi Gunung Everest. kalau korang tak dapat apa yang korang nak, jatuh kedebuk taw. macam aku, aku cool jeh. banyak kali aku cakap kat diri, jangan menaruh harapan sangat. nanti lain jadinya. kann?

eh, aku nak tanya pendapat korang, setuju tak dengan ungkapan ni?

Lelaki dan perempuan tidak sesuai jadi kawan baik.

Meh, aku nak dengar sikit pandangan korang.

okaylah. itu sahaja. sorilah, kalau entry aku merapu, merepek beraban. peaceee!

#kbai