Salam semua~
okayy. meh kita sambung entry yang semalam okayy?


Mitos #6
Semakin kerap korang basuh rambut, lagi sihat rambut korang
- Kulit kepala kita mengeluarkan minyak semulajadi yang membantu melembapkan dan melindungi rambut kita. Malangnya, minyak semulajadi ini juga menarik habuk dan kotor yang boleh menyebabkan liang roma kulit kepala tersumbat sama jugak seperti kulit kita. Kulit kepala dan rambut korang akan sihat apabila bersih. Ada baiknya korang basuh rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk rambut yang sihat dan cantik-

Mitos #7
Lagi lama letak conditioner dekat rambut, lagi besar efek dia
- Conditioners diformulakan untuk melindungi dalam kelembapan dalam beberapa minit. Biarkan dalam jangka masa yang lama tidak membawa apa-apa efek dekat rambut. Kalau macam treatment minyak panas (hot oil) dan deep conditioning boleh dibiarkan lama, kerana ia memerlukan masa penyerapan yang lebih-


Mitos #8
Produk rambut boleh membantu menyelesaikan rambut bercabang
- Rambut bercabang terjadi apabila rambut yang rosak terbahagi kepada dua atau lebih. Even hair produk boleh sembunyikan nya, kesannya hanya sementara. Cara paling mudah nak selesaikan, potong di bahagian yang bercabang untuk mengelakkannya bercabang sampai ke ubun rambut-


Mitos #9 dan #10
- sebenarnya dah habis. aku pun tak tahu mana datang mitos yang ke 9 dan 10 ni. okay. done-

haaaa, itu jeh benda yang aku nak share hari ini. yeahh. siap punnn. one more thing, aku cilok benda ini dari majalah Cleo Julai edition. aku translate kan sahaja. lagipun, rambut aku pun teruk gak. kasar dan lebat. keturunan maybe. ^___^

#kbai