*entry ini akan fully bahasa negeri sembilan. agak-agak korang paham tak? jom test tengok*

Salam semuo. harinie den nak kongsi sodikit tontang aktivit-aktiviti den kek kampung. kampung den ado duo. satu kek rombau, satu kek pilah. maknonyo den nie memang anok jati nogori. haha. korang sumo mosti tahu kan den nak pogi pahang sabtu nie. totapi, wan kampung rombau den nak buek konduri. kiro eh konduri nie agak bosar sket lah. sobab kampung rombau den dah lamo tak buek konduri. malang eh, den tak dapek nak join sobab nak pogi pahang tu lah. wan den dah tensen dah. den tak do time konduri nanti. sapo lak nak tolong dyo time kenduri nanti. kiro eh den nie cucu harapan lah. haha. so, den kono ganti balek lah korjo den sabtu nie. kono komas rumah lah. dah lah ado duo rumah den nak kono bersihkan. mau tak ponat kan. satu tuh rumah wan den, satu laie rumah makteh den. dahlah harituh panas membahang. angin sopoi-sopoi bahasa haram nak raso. haha. den sapu rumah dongan ponuh kesabaran. habuk toksah citor lah. last komas rumah time raya arituh. dah setahun lah kan habuk-habuk bermaharajalela kek rumah tuh. wan den tak bapo nak sehat sangat, susah dyo nek buek korjo-korjo borat macam tuh.

Solopas tuh, kono borsihkan laman belakang pulak. banyak lah eh daun-daun yang berguguran. taram je lah. asalkan buek. lopas dah habis, den rehat jap. pastuh, den dikojutkan suruh basuh pinggan-pinggan yang nak digunakan untuk konduri nanti. naseb baik den ado partner nak buek. kalau den nak buek sorang-sorang sampai kesubuh esoklah baru den dapek habiskan. maso tongah membasuh tuh. toringat den maso kocik-kocik dulu, basuh pinggan ramai-ramai dongan sopupu-sopupu den. masing-masing nak tunjuk hebat sapa basuh pinggan paling bersih dan licin sekali. sungguh best time tuh. malangnya, dorang takdo time nie. semuo eh sambung belajar. den jo yang cuti. makteh den cakap 'macam nak rayo jo'. haha. den golak jo lah sobab memang feel macam rayo jo.

Kek kampung yang paling best mostilah makanan eh. somalam den dapat raso pulut dan kuah durian. pergghh. momang sodap lah. sehinggo menjilat jari. dahlah tongah musim durian kan sokarang. apa laie, bodal lah durian dua bijik. hehe. sodap sangat! itu jolah cerito den. kalau nak cerito laie, maleh eh. banyak kojo tak siap laie nie. wee~

korang layan jolah gambo-gambo nie.



*ayah dan pakcik den tongah mombino pondok kocik untuk konduri nanti*

 *scene one*

 *scene two*

 *aktiviti mewarno. den jadi dak kocik jap. (sobolum)*

(solopas)







adios amigoss!