Assalamualaikum. Hai. Sihat tak? Aku sihat Alhamdullilah. Cuma sakit kaki. Sebab apa? Haaa, ini yang nak ceghita ni.
Tersebutlah kisah di mana seorang Scha Nazri eksaited nak naik Bukit Panorama even dia tak tahu pun Bukit Panorama tu tinggi mana. Malam tu tak boleh tidur lah sebab eksaited kemain. Bertolak pukul 5.30 pagi. 6.00 pagi sampai di masjid Sungai Lembing. Siap subuh and then, here we go!
Ada dua laluan sebenarnya. Satu ikut tangga, satu ikut hutan. So, kami ikut tangga sebab nak kejar sunrise kononnya. Kalau ikut hutan, lama. Kira-kira 1 jam lebih nak sampai atas.
Oh yer. Kami seramai 13 orang yer beramai-ramai hiking. Korang bayangkan, yang lain semua badan fit-fit. Aku? Takyah cakap. Ada yang dah pernah naik Kinabalu lagi. Aku? Sekali lagi takyah cakap. Paham-paham sendiri lah yer. Wuwuwu.
Tapi, aku bernasib baik sahabat baik aku, Sue sudi menemani ku sehingga sampai ke atas. Trust me, banyak kali lah jugak aku nak give up, tapi disebabkan Sue ni paksa aku sampai naik atas, aku gagahkan diri jugaklah even dah nak terputus saluran penafasan aku. Serius ni wei. Memang kerja Sue marah/paksa aku naik jugak sampai ke atas.
Time tu ramai dah turun balik dah sebab matahari dah terbit. Kesian kat Sue sebab aku, dia tak dapat tengok sunrise. wuwuwuwu. Bila sampai je puncak, mana-mana yang dah melepasi aku semasa naik tu, tepuk tangan sebagai kata semangat. haha. Time tu aku dah tak fikir apa dah. Fikir nak duduk je. Kakaka. Bila dah cool down, baru lah jumpa balik dengan kekawan aku yang lain tu. Hmmmphhh. Dorang dah lama lepak kat atas tu. Mmkayy.
Bila dah sakan berselfie, ambil gambar kat puncak, kami decide nak balik ikut jalan hutan. Dalam kepala otak aku, okay, mesti turun je time balik ni. Takde yang naik-naik. Tapi, sangkaanku meleset okay. Rupanya aku kena daki lagi 4 bukit. Omg. Naik tu sekali lagi nafas aku nak terputus. Haha. Sabar je. Dorang kata, haaa, sikit je lagi ni nak sampai. Leulz sangat.
Bila dah lepas 4 bukit, barulah perjalanan turun ke bawah. Baru lega. Tapi, Ya Allah, jalan dia lagi macam nokhoromm. Dahlah jalan dia sempit, batu licin, pakai kasut yang licin, haaaa, amek kau. 5 kali aku jatuh terduduk. Kakaka. Sakit bontot ittew. Ada 4 orang kawan yang jadi Sweeper di mana dorang yang paling fit akan tunggu mereka yang kurang fit macam aku. Mekasih korang sebab tunggu. Time turun tu, memang aku berpaut dekat daun-daun/pokok di tepi2. Taknak tengok belah kiri sebab kalau tengok bebetul, belah kiri aku gaung. Kalau silap langkah, tak tahu lah nak cakap apa. Wiwiwiwi.
Nampak tak bukit tu? Haa, itu lah Bukit Panorama. Waktu ni aku berada atas puncak Bukit Raja
Berehat-rehat sebelum teruskan perjalanan pulang.
2 jam kot ambil masa nak turun. Sampai je starting point, aku habiskan sebotol air. Aku dah terlampau banyak minum air sampai takde selera nak makan. Serius. Balik bilik, aku terus tidur. Sue kata, aku banyak mengeluarkan bunyi-bunyi semasa aku tidur. Bunyi apa? Roommate aku sahaja yang tahu. Muahahahaa.
Tapi, pengalaman ini lah yang aku nak kutip sementara aku masih berada di bumi UMP, Pahang ni haaa. Tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum aku meninggalkan UMP. Wuwuuwuwu. Sedihh ada, gembira ada, tak sabarr semua ada. All in one gitu.Tapi itulah, aku nak kumpul memori ni bersama-sama kawan-kawan aku. Sue, sayang kauuu! :)
Muka penat, baju basah dengan peluh. Phewww phewww
P/s: Next challenge maybe? :)
P/s: Thanks Zizol for the pics :)
15 Comments
last mendaki waktu darjah 6..naik bukit bendera.. teringin jugak nak rasa..:)
ReplyDeletesalam haii scha ~~
ReplyDeletewahh mcm menarik je bukit panorama nih...hehe... meriah gmbr korng ye... huhu
tak ajak
ReplyDeleteBestnyer aktiviti Scha... Rasa macam teringin pulak nak mendaki nie :)
ReplyDeleteWahhh indahnyerr pemandangan ..nice sharing
ReplyDeletebestnya lama dah x mendaki..
ReplyDeletecntik nya pemandangan..
sy pon skit kaki jugak ni.tarik mengkarung.. huhu
Jom dtg bukit Broga pulak kt bangi! heheh.. btw salam knal jgk :)
ReplyDeleteSubhanallah cantik sungguh ciptaan Allah, saya un minat Hiking jugak tp tu la. . masa x der . .
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejenjalan dari group review :)
follow sini yeee :)
Wah bestnye buat xtvt mcm nih
ReplyDeleteWah! Ini sangat cool. Vee lama dah tak main hiking ni. Hhuhu.. Rindu nak hike lagi.
ReplyDeletewahhh besnya hiking ! tapi tu la letih dia fuhhhh ! bila smpai puncak baru terasa hilang letih hehe
ReplyDeletetahniah kerena berjaya menawan puncak bukit panorama tu.. :)
ReplyDeletecantiknya view...lama tak hiking...last 2 years hiking..:P
ReplyDeletepower dah tu... boleh lah mendaki Kinabalu lepas ni... lepas tu Rinjani plak... hahahaha
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)